Wednesday, July 28, 2010

hubungan sesama insan..

Aku sebenarnya tertanya2..adakah salah jalan yang aku pilih sekarang ni..dengan memilih kerjaya dalam kerajaan aku terpaksa melepaskan kerja lama yang memang dah sebati dalam jiwa...tapi dalam kekalutan itu,satu benda yang aku tertanya2..kemanakah menghilangnya nilai2 kemanusiaan seorang lelaki yang aku panggil ketua/bos..adakah kerana sakit hati membuatkan dia menjadi seperti itu.atau sememangnya dia begitu dan aku tak menyedarinya dari dulu lagi..


Tak kisahla..aku redha kalau dia tak nak bayar gaji aku pun..rezeki ada dimana2..cuma aku hilang respect terhadap dia..aku harap,janganlah aku bertembung dengan dia lagi...kerana aku sendiri tak pasti macammana aku nak bersemuka dengan dia nanti...7 tahun aku berkhidmat kepada syarikat bagaikan tak memberi apa2 makna pun pada mereka..nasib baik jugak aku berhenti sekarang,kalau berkhidmat 10 tahun lagi tapi kesudahannya begini..baik tak payah..

Monday, July 26, 2010

kerja baru..

hem..lama gler tak bukak blog..giler dengan facebook jer..ihihiih..tapi bila kat tempat keje baru ni,tak leh bukak facebook..maka..kembalila semula pada blog yang telah lama aku tinggalkan..aku pun tak sangka yang aku ni akan bertukar keje..ingat aku sain sampai mati dengan company lama..rupanya..rezeki aku disana hanya sampai disitu sahaja...kini...aku bertugas di kementerian perumahan kerajaan tempatan..memang sayang tinggalkan keje lama yang dah sebati pun dengan diri kita..tapi..inilah jalan yang aku pilih..untuk masa depan yang lebih terjamin untuk keluarga aku..aku harap..ramai yang menyokong tindakan aku ini..amin....