Wednesday, July 28, 2010

hubungan sesama insan..

Aku sebenarnya tertanya2..adakah salah jalan yang aku pilih sekarang ni..dengan memilih kerjaya dalam kerajaan aku terpaksa melepaskan kerja lama yang memang dah sebati dalam jiwa...tapi dalam kekalutan itu,satu benda yang aku tertanya2..kemanakah menghilangnya nilai2 kemanusiaan seorang lelaki yang aku panggil ketua/bos..adakah kerana sakit hati membuatkan dia menjadi seperti itu.atau sememangnya dia begitu dan aku tak menyedarinya dari dulu lagi..


Tak kisahla..aku redha kalau dia tak nak bayar gaji aku pun..rezeki ada dimana2..cuma aku hilang respect terhadap dia..aku harap,janganlah aku bertembung dengan dia lagi...kerana aku sendiri tak pasti macammana aku nak bersemuka dengan dia nanti...7 tahun aku berkhidmat kepada syarikat bagaikan tak memberi apa2 makna pun pada mereka..nasib baik jugak aku berhenti sekarang,kalau berkhidmat 10 tahun lagi tapi kesudahannya begini..baik tak payah..

Monday, July 26, 2010

kerja baru..

hem..lama gler tak bukak blog..giler dengan facebook jer..ihihiih..tapi bila kat tempat keje baru ni,tak leh bukak facebook..maka..kembalila semula pada blog yang telah lama aku tinggalkan..aku pun tak sangka yang aku ni akan bertukar keje..ingat aku sain sampai mati dengan company lama..rupanya..rezeki aku disana hanya sampai disitu sahaja...kini...aku bertugas di kementerian perumahan kerajaan tempatan..memang sayang tinggalkan keje lama yang dah sebati pun dengan diri kita..tapi..inilah jalan yang aku pilih..untuk masa depan yang lebih terjamin untuk keluarga aku..aku harap..ramai yang menyokong tindakan aku ini..amin....

Saturday, June 20, 2009

Aku Mengandung Lagi...

sebenarnya perkara ni bukan aku rancangkan..tapi tuhan dah bagi rezeki..aku terima dengan seadanya..Sebenarnya aku pun kesian tengok azib main sorang2..hhehehe..takpe..bagila adik kat dia..before ni pun dia suka sangat makan kaki dia.( kata orang tua2..budak makan kaki,dia nak adik lagi..) kira aku buat impian dia jadi kenyataan lah..hoho...tapi morning sickness kali ni teruklah..pagi2 kalau tekak rasa pahit jer,comform uwekk...sampai keluar lendir kuning..kadang just air liur pahit jer...kesian aku..tapikan..yang bestnya mengandung kali ni,kalau aku minta apa2 kat suami,comform cepat je dapat..masa mengandungkan azib dulu,dia buat boolayan jer..kena usaha cari sndiri..kali ni , "abg..teringin retak seribu la..." esoknya comform leh makan dah..hahhahaa....apa pengalaman korang time ngandung dulu..??

Wednesday, March 18, 2009

azib oh azib...

usia azib dah nak masuk 8 bulan..ei..pantas betul masa berlalu...antara sedar dengan tidak..aku pun dah boring dengar soalan cepuk emas.."bila lagi nak tambah..."kadang aku pelik dengan sesetengah orang ni..bila kita single..sibuk bertanya,bila nak berdua..bila dah berdua..sibuk lak bertanya bila nak kahwin..bila dah kahwin..sibuk lak bertanya bila nak menimang anak..dah ada anak sorang..lelaki la kononnya..bila lak nak ada perempuan..adus...sampai bilakah soalan ini akan berhenti..??takde full stop beb...abaikan pasal tu..sambung pasal azib,batuk + selsema dia dah menjangkau 3 minggu..dah 2 3 klinik kami redah..hasilnya sama je,last2 gi klinik pakar..harap adalah kesudahan yang baik..jangan kena asma sudah...lagi haru weii...

Tuesday, February 10, 2009

maman yahaya..

Dia seorang yang bijak..kerana kebijakkannya dia belajar dirantau orang..dan sekarang menetap disana..mempunyai 3 orang anak..melanie,sarah dan adam..isterinya juga orang sana,new zealand..nama islamnya anisah..setelah sekian lama dia tidak kembali ketanah air,dia kembali untuk menziarahi kubur embah.Sewaktu embah menghembuskan nafas terakhirnya,kebetulan tiada tiket untuk balik kemalaysia,mungkin kerana perayaan krismas yang hanya 3 4 hari saja akan tiba waktu itu.maman balik lama jugak.dekat sebulan.puas dia berjalan,jumpa kawan lama..dan jalan2 ke rumah adik beradik..sempat jugak dia singgah kerumah aku sehari semalam.

Dan malam tadi dia dah terbang semula ke new zealand setelah cutinya habis..entah bila pula dia akan kembali ke sini..sebenarnya aku memang tak rapat dengan dia.dari aku kecil dia sudah berada diperantauan..tp,masa yang sedikit ni aku cuba untuk mengenalinya dengan lebih dekat.aku harap di hari tuanya dia akan kembali menetap disini..tanah airnya yang tercinta,MALAYSIA...

Saturday, February 7, 2009

YAN'T BABY...


Erm..
Penantian 9 bulan 10 hari akhirnya sampai kepenghujungnya...Pada 3 febuari yang lalu lahirlah puteri kedua sahabat aku sewaktu aku belajar di penang dulu lahir ke dunia yang serba mencabar ni..comel kan...?


Rezeki tuhan yang bagi...,kalau boleh pasangan ni nak anak lelaki,maklumla anak sulung dah perempuan,tapi Tuhan tu Maha adil,setiap kejadian ciptaan-Nya mesti ada hikmahnya.Pasangan ni menerima pemberian Tuhan dengan penuh kesyukuran.Bayi seberat 3.45kg ni selamat dilahirkan melalui pembedahan..Aku pun tumpang gembira dengan kehadiran cahaymata baru mereka ni..Bila pula aku nak menambah ahli keluarga..Opsss..nanti dulu..Azib pun lom leh merangkak lagi weiii..



















Wednesday, February 4, 2009

cerita Tentang Sahabat..

Akhir tahun lepas 2 org sekali kawan aku melangsungkan perkahwinan mereka.Alhamdulillah..dah sampai masanya masing2 menjalankan tanggungjawab sebagai isteri orang.Teringat kenangan lama dimana hubungan kami memang akrab.Tapi setelah masing2 berkerja dan kini telah mendirikan rumahtangga,suasana keceriaan itu semakin hilang..Nak jumpa sebulan sekali pun payah..mungkin setahun sekali,tu pun hari raya.Agaknya kalau takde hariraya,maka tak berjumpalah sesama sendiri..Cuma yang aku harapkan hubungan ini tidak berhenti setakat disini..



inilah sahabat ku..norazian dan pasangannya..semoga kekal hingga akhir nanti...
dan..Yang ni pulak suryani..harap mereka berdua bahgia keakhirnya...amin...