Tuesday, February 10, 2009

maman yahaya..

Dia seorang yang bijak..kerana kebijakkannya dia belajar dirantau orang..dan sekarang menetap disana..mempunyai 3 orang anak..melanie,sarah dan adam..isterinya juga orang sana,new zealand..nama islamnya anisah..setelah sekian lama dia tidak kembali ketanah air,dia kembali untuk menziarahi kubur embah.Sewaktu embah menghembuskan nafas terakhirnya,kebetulan tiada tiket untuk balik kemalaysia,mungkin kerana perayaan krismas yang hanya 3 4 hari saja akan tiba waktu itu.maman balik lama jugak.dekat sebulan.puas dia berjalan,jumpa kawan lama..dan jalan2 ke rumah adik beradik..sempat jugak dia singgah kerumah aku sehari semalam.

Dan malam tadi dia dah terbang semula ke new zealand setelah cutinya habis..entah bila pula dia akan kembali ke sini..sebenarnya aku memang tak rapat dengan dia.dari aku kecil dia sudah berada diperantauan..tp,masa yang sedikit ni aku cuba untuk mengenalinya dengan lebih dekat.aku harap di hari tuanya dia akan kembali menetap disini..tanah airnya yang tercinta,MALAYSIA...

2 comments:

the hasyims said...

ooo... maman yahaya ni aku ingat gak sikit2 orangnye... abis... embah ko ikut ke new zealand ker?

Gee_poziah said...

takdela..orang tua tu mana pandai makan steak..dia makan sambal belacan jer..hahahha